MATEMATIK DAN PERKEMBANGAN MINDA

H.O.M.E. adalah sebuah pusat perkembangan individu bermula dari kanak-kanak usia 4 tahun hinggalah 17 tahun yang memfokuskan kepada pendidikan awal matematik. Antara misi utama H.O.M.E. adalah menukar tanggapan popular orang ramai yang tidak begitu menggemari matematik supaya mencintai matematik.
Program matematik tersusun yang dibangunkan oleh H.O.M.E. bertujuan ‘merawat’ masalah-masalah lazim pelajar hari ini seperti tidak minat belajar, mengalami fobia dan penguasaan matematik yang terlalu lemah. Pendekatan bimbingan di kelas pula 

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

KAMI PERCAYA SETIAP ANAK ADA POTENSI!

Seiring dengan pandangan pakar psikologi Carl Ransom Rogers yang memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang berteraskan pendekatan humanistik, kami yakin dan percaya setiap anak ada potensi. Peranan kami di H.O.M.E. ialah meneroka dan mengembangkan potensi sebenar anak-anak.