HOME® Terapi

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 4 – 17 tahun.

Program Pusat Terapi Matematik HOME® adalah program berbentuk terapi Matematik yang menggunakan pendekatan kaunseling dan psikologi sebagai landasan bagi membantu anak-anak yang bermasalah dalam subjek matematik. HOME® Terapi mensasarkan anak-anak dari lingkungan seawal 4 tahun untuk program persediaan awal bagi kanak-kanak memasuki alam persekolahan dengan membolehkan mereka untuk menguasai konsep asas Matematik dan yang diajar di sekolah. Seterusnya lingkungan umur 8 tahun hingga 17 tahun  dengan memperkasakan penguasaan terhadap asas Matematik iaitu penambahan, pendaraban, pengurangan serta pembahagian.

HOME® Konsultansi

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 8 – 17 tahun.

HOME® Konsultansi adalah program kesinambungan untuk pelajar yang telah menguasai asas matematik penambahan, pendaraban, pengurangan serta pembahagian seperti yang telah disusun dalam HOME® Terapi untuk memasuki modul pelajaran silibus sekolah.

HOME® Penyeliaan

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar UPSR, PT3 & SPM.

HOME® Penyeliaan adalah program persediaan khas untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.