PENASIHAT

PROF. MADYA DR. MAT ROFA BIN ISMAIL

Profesor Madya Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM)

Yang Dihormati Profesor Madya Dr Mat Rofa Bin Ismail merupakan pensyarah di Jabatan Matematik, Universiti Pertanian Malaysia sejak tahun 1982 hingga kini. Beliau juga merupakan Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik (INSPEM) bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.

PAKAR RUJUK

Encik Abdul Halim bin Amat@Kamaruddin

Pensyarah Kanan Fakulti Sains & Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Seorang lagi penasihat H.O.M.E. yang juga merupakan pensyarah Sifu Taj dalam bidang matematik. En Halim bertugas sebagai pensyarah kanan Jabatan Matematik UPSI. Beliau amat meminati matematik lalu pernah melakukan projek kolaberasi bersama-sama Sifu Taj dalam satu projek inovasi matematik pada tahun 2003. Sehingga hari ini, En Halim dan Sifu masih bekerjasama menjalankan pelbagai penyelidikan matematik di bawah H.O.M.E.

Dr. Hj. Md Noor bin Saper

Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI. Kepakaran beliau adalah Bimbingan & Kaunseling di samping aktif dalam penyelidikan kaunseling sekolah, kaunseling spiritual. Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ini juga merupakan Pengerusi Persatuan Kaunseling Syarie Malaysia.

PENGASAS

TENAGA PENGAJAR

Para ahli Maths Therapist (MT) H.O.M.E. terdiri daripada graduan dengan kelulusan minima Diploma dalam sebarang jurusan berkaitan Matematik seperti Diploma/ Ijazah Perakaunan, Kejuruteraan, Farmasi dan seumpamanya. Inilah salah satu jaminan kualiti Maths Therapist yang H.O.M.E. tawarkan!