Enter your keyword

Program H.O.M.E.

HOME® Maths

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 8 – 17 tahun.

Berslogankan “Tiada Lagi Anak-Anak Ketinggalan” Program Pusat Terapi Matematik HOME® Maths adalah program berbentuk terapi Matematik yang menggunakan pendekatan kaunseling dan psikologi sebagai landasan bagi membantu anak-anak yang bermasalah dalam subjek matematik. HOME® Maths mensasarkan anak-anak dari lingkungan 8 tahun hingga 17 tahun. Pembelajaran HOME® Maths bermula dengan memperkasakan penguasaan pelajar terhadap asas kepada Matematik terlebih dahulu iaitu penambahan, pendaraban, pengurangan serta pembahagian.

HOME® Kids

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 4 – 7 tahun.

HOME® Kids merupakan program persediaan awal bagi kanak-kanak memasuki alam persekolahan dengan membolehkan mereka untuk menguasai konsep asas Matematik dan yang diajar di sekolah.

HOME® BeST

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 6 tahun keatas.

Bengkel Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj atau dikenali sebagai Best merupakan program latihan yang bertujuan membantu anak-anak untuk menguasai Sifir tanpa perlu menghafal. Selain membantu anak-anak menguasai Sifir tanpa perlu menghafal ia juga bermatlamat untuk mengubah persepsi para pelajar dari melihat MATEMATIK sebagai satu subjek yang sukar kepada sebaliknya.

HOME® G2ST

Sasaran Peserta
Terbuka kepada pelajar 8 – 12 tahun.

Gerak Gempur Sifu Taj adalah program persediaan anak-anak bagi menghadapi peperiksaan sekolah rendah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 dan SPM. Pembelajaran bermula dengan menerapkan penguasaan sifir 0 hingga 12 dan kemudiannya pengaplikasian kaedah tersebut ke dalam silibus pembelajaran di sekolah. Perjalanan program ini menggunakan konsep yang sama seperti konsep H.O.M.E. Di akhir pembelajaran, peserta disasarkan telah menguasai sifir 0 hingga 12 tanpa perlu menghafal sebelum meneruskan pelajaran kepada subjek peperiksaan.

HOME® CS

Sasaran Peserta
Pelbagai peringkat umur.

Pelbagai program yang disusun khas supaya aktiviti pembelajaran anak-anak berterusan di musim cuti sekolah yang panjang khususnya cuti sekolah akhir tahun. Tujuan program ini adalah untuk mengekalkan momentum anak-anak untuk belajar seterusnya persediaan untuk menghadapi musim persekolahan yang baru.