Enter your keyword

Course

Therapy

About Instructor

Program ini dibangunkan khusus bagi pelajar yang mengalami masalah matematik bermula dari peringkat asas lagi. Mana mungkin pelajar yang tidak memahami pola nombor dan menjalankan asas operasi dalam Matematik boleh cemerlang dalam Matematik.

Rata-rata pelajar kami yang lemah Matematik berpunca kegagalan atau tahap penguasaan menjalankan operasi asas Matematik di tahap lemah dan sederhana. Namun setelah mengikuti program terapi Matematik kami, pelajar memahami bahawa Matematik adalah sebuah dunia penerokaan dan tidak salah untuk berbuat kesilapan kerana salah satu proses memahami dan meneroka dunia Matematik adalah belajar dari kesilapan. Lebih banyak kesilapan maka semakin banyak pelajar memahami jalan penyelesaian Matematik yang patut dan tidak patut digunakan.

Setiap kesilapan untuk dipadam tetapi untuk dipelajari.

Oleh disebabkan itu, PEMADAM tidak dibenarkan.

  • Siapa yang bakal mengikuti program ini?
  • Berapakah umur yang sesuai?

Program ini hanya dicadangkan oleh Math Therapist setelah beberapa kriteria yang dikenal pasti memberikan halangan perkembangan bagi mengikuti Program Konsultasi sama ada aras Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah.

Oleh itu, program terapi ini sesuai bagi kanak-kanak seawal usia 8 tahun sehingga 19 tahun. Jenis modul yang akan diikuti ditentukan setelah menjalani CDM.

Tujuan silibus ini dibangunkan adalah supaya meningkatkan aras logik dan congak pelajar bagi keempat-empat operasi asas Matematik. Dengan itu, secara automatik aras konfiden pelajar akan meningkat dan anxiety (kebimbangan) dapat dikurangkan dan dirawat.

2

Smart Addition Principle – SAP @ ABC

Asas Bijak Campur (ABC) atau Smart Addition Principle adalah modul istimewa yang dibangunkan bersama beberapa formula mudah menguasai operasi asas iaitu penambahan. Ia adalah modul yang tersusun dan telah melalui proses tapisan dan pemurnian sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa pelajar. Pelajar akan didedahkan pelbagai teknik dan formula mencongak penambahan. Menariknya program ini adalah pelajar […]

2

Smart Multiplication Principle – SMP @ ABD

Asas Bijak Darab (ABD) atau Smart Multiplication Principle adalah modul terawal yang menjadi cetusan ke atas kewujudan HOME. Rata-rata masalah utama pembelajaran Matematik adalah pelajar tidak menghafal sifir kerana ia bersifat nombor jika nak dibandingkan huruf yang menjadi ayat ia lebih mudah untuk dihafal. Mengikut kajian nombor adalah fakta yang paling sukar dihafal, maka ini […]

2

Smart Subtraction Principle – SSP @ ABK

Asas Bijak Kurang (ABK) atau Smart Subtraction Principle adalah modul yang berfokus penolakan. Jangan terkejut apabila melihat situasi sebenar ramai pelajar tidak mampu menjalankan operasi penolakan dengan baik apatah lagi mencongak! Kelebihan modul ini adalah terdapat teknik dan formula mudah membantu pelajar untuk menjalankan operasi penolakan dengan mudah dan pantas.  

2

Smart Division Principle – SDP @ ABB

Asas Bijak Bahagi (ABB) atau Smart Division Principle adalah modul yang berfokus pembahagian. Perkara biasa ramai pelajar yang tidak dapat menjalankan operasi pembahagian dalam bentuk perkiraan bentuk lazim dan apatah lagi untuk mencongak. Kelebihan modul ini adalah terdapat teknik dan formula mudah membantu pelajar untuk menjalankan operasi pembahagian dengan mudah dan pantas.

2

Smart Times Table Principle – STTP @ ABS

Asas Bijak Sifir (ABS) atau Smart Times Table Principle adalah modul asal adalah Gerak Gempur Bijak Sifir Sifu Taj. Modulnya membuat pengkhususan sifir sahaja iaitu Sifir 1 hingga 12. Jika modul ABD mengkhususkan keseluruhan pendaraban termasuklah sifir. Modul ini dijalankan dalam jangka masa pendek iaitu dalam tempoh 12 jam yang bersamaan 12 kali. Sesi ini […]

Start On 2016-11-21

Share our course