Enter your keyword

Course

Pengenalan HOME Kids

New Hot

About Instructor

Program ini dibangunkan bagi kanak-kanak seawal usia 4 tahun hingga 7 tahun. HOME Kids menawarkan program awalnya adalah subjek Matematik.

HOME® Kids memberikan pendedahan awal asas-asas kemahiran berfikir Matematik kepada kanak-kanak dalam aspek pengiraan, menulis nombor, pengiraan mental dan lain-lain.

Menurut Nor’aini binti Tahir dalam bukunya, ‘Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak’, Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.

Hal ini kerana, pendedahan dan penguasaan Matematik awal oleh murid prasekolah amat penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep Matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran Matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari Matematik. Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan Matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan simbolik.

Start On 4-7
Sasaran Umur 4 - 7 tahun.
Perlaksanaan  4 Kali Sebulan
 Hujung Minggu; Sabtu / Ahad
 1 Jam Sekali; 1 Kali Pertemuan / Minggu

Share our course