Bagi membiayai kos untuk menjalankan perniagaan HOME, terdapat dua peluang pembiayaan daripada kerajaan yang boleh digunakan sebagai dana permulaan perniagaan. Dua peluang tersebut adalah Geran Percuma daripada KPDNHEP dan Program Pinjaman Perniagaan daripada PERNAS.
RAKAN STRATEGIK
PELUANG PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

KPDNHEP sebagai peneraju pembangunan industri francais nasional telah mengumumkan pelaksanaan program ini dengan memberi tumpuan kepada pemberian geran secara percuma untuk membangunkan pakej francais yang lebih berpatutan bernilai RM100,000 ke bawah serta pakej francais mikro bernilai RM50,000 ke bawah untuk meningkatkan bilangan usahawan francais (francaisi) dari kumpulan B40 dan M40.
GERAN PERNIAGAAN 2023 MASIH BELUM DIBUKA

Project BYOB adalah inisiatif Pernas dalam menawarkan program keusahawanan yang holistik dan kompetitif kepada peserta Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya dalam perniagaan francais dan pra-francais. Peserta BYOB akan berpeluang menerima latihan terstruktur, pemadanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan pemantauan perniagaan selama enam (6) bulan setelah dimulakan perniagaan.